Sejarah Panasonic Corporation

Panasonic diasaskan pada tahun 1918 oleh Konosuke Matsushita yang mula-mulanya menjual soket lampu dupleks. Pada tahun 1927, syarikat ini menghasilkan lampu basikal, iaitu keluaran sulung yang dipasarkannya dengan jenama National. Syarikat ini mengendalikan kilang-kilang di Jepun dan seluruh Asia sehingga akhir Perang Dunia II, menghasilkan komponen-komponen dan kelengkapan elektrik seperti kelengkapan lampu, motor, dan seterika.

Selepas Perang Dunia II, syarikat ini sempat berkumpul semula lalu melambungkan semula ekonomi Jepun dengan kelengkapan elektrik dan juga basikal. Adik ipar Matsushita's brother-in-law, Toshio Iue mengasaskan Sanyo sebagai subkontraktor komponen selepas Perang Dunia II, sebelum berkembang menjadi pesaing kepada Panasonic.

Basikal National/Panasonic

Syarikat ini menghasilkan basikal dan komponen basikal bermutu tinggi dalam bahagian pembuatan peralatan dari tahun 1945 hingga 1980-an. Sewaktu kecil, Konosuke Matsushita menjadi anak angkat dalam keluarga yang memiliki kedai basikal kecil, dan dan situlah timbulnya minatnya terhadap basikal.[10]

Basikal-basikal National dan Panasonic dijual kepada ramai penjual di dalam dan luar negara Jepun, ada daripada penjual itu meletakkan label sendiri pada basikal tersebut. Walaupun disaingi pembuat-pembuat lain di Jepun, Matsushita melaksanakan dasar korporat yang melarang pengurangan mutu dalam basikal Panasonic tak kira berapa margin untungnya. Apabila Schwinn terpaksa mencari sumber luar untuk pembuatan hasil, mereka memilih siri World Panasonic yang dijayakan sejak tahun 1972. Sebagai satu-satunya penjual yang mencapai piawaian pembuatan dan penghasilan Schwinn yang ketat, Panasonic membina beberapa model untuk Schwinn, seperti World Traveller dan World Voyager. Pada 1970-an dan 1980-an, Panasonic menghasilkan basikal berangka keluli bercuping yang dibuat di kilang-kilang moden yang berkelengkapkan pengimpalan dan pematerian robotik dan aplikasi pengecatan yang canggih. Tayar basikal Panasonic lebih banyak dan lebih tebal ulirnya berbanding pesaing-pesaingnya, maka menjulang reputasi kerana mutunya yang tinggi.[11]

Sejak tahun 1985, peningkatan nilai yen Jepun dan saingan kos rendah dari Taiwan menjejaskan daya saing basikal Panasonic di A.S. dan pasaran-pasaran lain. Panasonic mula menjual basikal buatan Taiwan yang dijenamakan semula olehnya. Pada tahun 1989, para pengurus bahagian Panasonic melaporkan bahawa penjualan basikal semakin kurang hasil sekaki persegi gudang berbanding mana-mana keluaran dalam bahagian korporat. Setelah pemergian Konosuke Matsushita, Panasonic keluar dari pasaran basikal AS pada penghujung September 1989.[11]

Elektronik

Pada tahun 1961, Konosuke Matsushita melawat Amerika Syarikat untuk berjumpa dengan para penjual di sana. Panasonic mula menghasilkan peti televisyen untuk pasaran A.S. dengan jenama Panasonic, lalu meluaskan jenama tersebut ke Eropah pada tahun 1979.[12]

Syarikat ini juga menggunakan cap dagangn National di luar Amerika Utara dari 1950-an hingga 1970-an, untuk menjual televisyen, radio, dan peralatan rumah di pasaran tertentu. Pada masa yang sama, syarikat ini mula membuka kilang-kilang di seluruh dunia, lalu menjulang reputasi kerana keluarannya yang bermutu tinggi.

Syarikat ini memperkenalkan pembesar audio hi-fi berjenama Technics pada tahun 1965. Komponen stereo Technics yang bermutu tinggi ini menjadi kegemaran ramaii. Keluaran Technics paling terkenal yang masih dihasilkan hari ini ialah pemain rakaman SL-1200 yang diiktiraf prestasi, kepersisan dan ketahanan tingginya. Sepanjang 1970-an dan awal 1980-an, Panasonic terus menghasilkan barangan elektronik bermutu tinggi untuk pasaran khusus, seperti radio gelombang rendah, serta berjaya memajukan penerima stereo, pemain CD dan komponen-komponen lain.

Panasonic di Kadoma, Osaka, Jepun. Kiri hadapan: Muzium Konosuke Matsushita Panasonic; belakang: Makmal R&D korporat.

Pada 9 Januari 2006, Panasonic mengumumkan pemberhentian penghasilan televisyen analog mulai Februari untuk memberi tumpuan kepada TV digital.[13]

Pada 3 November 2008, Panasonic dan Sanyo berjaya merundingkan pembelian Sanyo oleh Panasonic yang dilengkapkan pada September 2009, lalu menzahirkan sebuah perbadanan mega yang berpendapatan melebihi ¥11.2 trilion (sekitar AS$110 bilion). Sebagai sebahagian syarikat elektronik terbesar di Jepun, jenama Sanyo dan kebanyakan kakitangannya akan dikekalkan sebagai anak syarikat.[14][15]

Rujukan

WikiPedia: Panasonic Corporation http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601101&si... http://www.bloomberg.com/apps/quote?ticker=6752:JP http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.engadget.com/2006/01/19/panasonic-exiti... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.reuters.com/article/rbssConsumerGoodsAn... http://www.reuters.com/finance/stocks/incomeStatem... http://zenobank.com/index.php?symbol=PC&page=quote... http://panasonic.co.jp/corp/news/official.data/dat... http://panasonic.co.jp/corp/news/official.data/dat...